KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Pontian, pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas disyarikat ini secara tidak langsung, pelajar juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan dalam syarikat. 

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelajar sebagai warga baru terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi, pelajar juga dapat mengenalpasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan kerja yang kreatif,kritis serta berkualiti.

Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal, sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini.

DAPATAN DAN CADANGAN


Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan dari 17 Jun 2013 sehingga 1 November 2013 di Pertubuhan Peladang Pontian telah mencapai objektif sebenar atihan industri mengikut kehendak pengurusan Politeknik Mersing bagi setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.




Dapatan


Terdapat beberapa pendapat dan pandangan untuk saya utarakan kepada organisasi. Antaranya ialah :-

  1. Komen yang pertama yang saya rasa amat penting bagi kemudahan semua pihak adalah cara pengurusan surat masuk. Sering berlaku kehilangan surat dan terlalu ramai yang hendak mengendalikan urusan surat sedangkan urusan surat terima dan keluar adalah di bawah kawalan pihak pentadbiran.                                                                   
  2. Fail yang sepatutnya tidak dimasukkan ke dalam rak yang disediakan kerana label yang lama dan telah pudar tidak digantikan.

                                                                                                                                              

Cadangan


  1. Surat yang diterima sepatutnya perlu difotostat bukan sahaja satu salinan malahan lebih dan surat kemudiannya perlu diletak ke dalam satu fail pada hari tersebut. Surat kemudian perlu terus di cop dan dimasukkan ke dalam bilik pengurus besar supaya tidak hilang.                                                                                                                                                
  2. Label pada rak fail perlu digantikan dengan yang baru dan untuk mengelakkan cepat pudar kertas perlulah di 'liminated' dan di stapler supaya tidak cepat tanggal
LAPORAN TEKNIKAL


Saya telah diberi tugas untuk menguruskan fail baucar setiap bulan bagi pejabat dan menjaga di bahagian pusat timbang.


Pengurusan Fail Baucar 

Pengurusan fail baucar dilakukan setiap bulan. Pada setiap hujung bulan, seorang staff akan ditugaskan untuk mengambil baucar dari pusat timbang Tenggayun atau Serkat ataupun baucar dikeluarkan melalui urusan di pejabat sahaja. Selepas baucar dikeluarkan dan diterima, maklumat pada baucar akan dimasukkan ke dalam Sistem Pertubuhan Peladang. 

Baucar tersebut kemudiannya akan dicetak semula kerana ia memerlukan cetakan komputer dan bukannya tulisan tangan. Beratus baucar perlu disiapkan dalam sehari kerana pada setiap hari baucar akan dikeluarkan kerana berlakunya urusniaga pada setiap hari.

Fail baucar perlu disediakan dan dilabelkan dengan bulan- bulan tersendiri contohnya Baucar Bulan 'Oktober 2013'

Baucar yang telah siap ditandatangani dan dicop pengurus besar, pegurus perakaunan dan cop pegawai berkaitan perlulah disusun masuk ke dalam fail mengikut nombor baucar dalam turutan menaik mengikut kepadatan fail. Jika fail telah penuh, fail yang lain pula perlu digunakan untuk menyusun baucar.


Kendalian Pusat Timbang


Pada setiap 7 haribulan pada setiap bulan saya diarahkan untuk bekerja di luar pejabat. Ini kerana saya perlu membantu kerani di pusat timbang menguruskan hal gaji dan upah sawit. Semasa berada di pusat timbang, saya diarahkan untuk menguruskan sepenuhnya mengenai pusat timbang. 

Apabila 7 haribulan tiba, orang- orang dari kalangan bekerja sawit akan datang ke pusat timbang untuk mengambil upah sawit mereka. Saya akan meminta Pengurus Pemasaran saya untuk pergi ke bank dan mengambil duit sebanyak jumlah yang akan saya nyatakan seperti RM 50 ribu. Apabila duit diterima, saya akan megira semula duit tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam sampul mengikut jumlah gaji dan upah mereka. Gaji dan upah mereka mengikut kepada tan sawit yang dihantar oleh mereka pada setiap hari dan ditimbang di pusat timbang.

Duit yang diambil perlulah ditandatangani sebagai pengesahan mereka telah menerima duit tersebut. Resit tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada bahagian perakaunan di pejabat utama.

MINGGU KEDUA PULUH ( 28 Oktober - 1 November 2013 )

Assalamualaikum ~


Kini saya berada di minggu terakhir Latihan Industri iaitu di minggu 20. Pada minggu ini saya telah diarahkan untuk membuat 3 buah 'board' bagi majlis mini agro pertanian di Dewan Jubli Intan Pontian.



'Board' bagi tanaman lada hitam



'Board' bagi minyak pelincir jenama Kostar



Tugasan seterusnya yang saya lakukan ialah menjadi penjaga masa bagi Majlis Saringan Tilawah Al- Quran di Pertubuhan Peladang Pontian.

Penjaga masa dan jurukira



Saya juga ditugaskan untuk menyusun resit rasmi bagi bulan September dan Oktober 2013. Resit ini disusun mengikut turutan nombor kod resir bagi memudahkan audit membuat semakan.


Pengetahuan yang saya perolehi pada minggu ini ialah kreativiti dalam membuat kerja dalam pejabat. Saya juga memahami bahawa setiap resit harus disusun atur mengikut bulan dan nombor resit supaya tidak menimbulkan kecelaruan ketika semakan semula dibuat.


Kesannya, fail- fail yang telah dimasukkan resit mestilah disusun ke dalam rak dan dilabelkan mengikut bulan- bulan.


Terima Kasih :)



MINGGU KESEMBILAN BELAS ( 21 Oktober - 25 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Saya kini berada di minggu ke 19 Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Pontian. Pada minggu ini, saya bertugas untuk membuat kire- kire bagi penyata kewangan rebat langganan bagi sawit samaada pelanggan daripada ahli peladang ataupun bukan ahli.



Penyata Kewangan 




Tugasan seterusnya ialah menaip surat untuk difaks kan terus kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)



Surat Sebutharga





Selain itu juga, saya telah diarahkan untuk membuat slide bagi majlis perpisahan kakitangan Pejabat Peladang Pontian

Slide bagi majlis perpisahan 




Pengetahuan yang telah saya perolehi pada minggu ini ialah bagaimana cara penyata kewangan sawit dikira dan kemudiannya diserahkan kepada Pengurus Pemasaran, Encik Rusydi.


Kesannya, pengiraan hendaklah dibuat semakan beberapa kali supaya tidak berlaku kesilapan ketika diserahkan kepada orang atasan kerana penyata tersebut akan direkod ke dalam sistem.


Terima Kasih :)

MINGGU KELAPAN BELAS ( 14 Oktober- 18 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Kini, saya telah pun berada di minggu ke 18 Latihan Industri. Pada minggu ini, aktiviti saya di Pertubuhan Peladang Pontian ialah melibatkan diri dengan Majlis Korban yang telah dijalankan di sini. Sebelum majlis dijalankan saya telah diarahkan untuk membuat slide powerpoint bagi backdrop majlis tersebut.



Aktiviti memotong daging



Melapah daging korban




Pengetahuan yang telah saya perolehi pada minggu ini ialah bagaimana penglibatan terhadap majlis- majlis yang diadakan di pejabat. Saya juga memahami bahawa setiap staff dan pegawai menjalankan tugas masing- masing mengikut arahan pengurus besar supaya majlis lebih berjalan lancar.



Kesannya, setiap majlis yang akan dijalankan perlulah penyediaan yang awal dan rapi sekurang- kurangnya sebulan sebelum majlis berlansung.

MINGGU KETUJUH BELAS ( 07 Oktober -10 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Alhamdulillah, kini telah masuk minggu ke 17 saya menjalani Latihan Industri. Aktiviti saya pada minggu ini ialah memfotostat senarai pembayaran dividen ahli aktif dan pasif bagi tahun 2008. Senarai pembayaran original akan diberikan kepada kerani am dan senarai pembayaran yang telah difotostat akan diletakkan ke dalam fail.


Fotostat



Senarai Dividen


Pengetahuan yang saya perolehi ialah bagaimana senarai pembayaran diproses dan bagaimana ahli yang telah membayar dividen dimasukkan ke dalam sistem SPPP ( Sistem Pertubuhan Peladang Pontian)


Kesannya, setiap senarai pembayaran ahli yang telah dicetak hendaklah difotostat supaya tidak berlaku sebarang konflik jika berlaku kehilangan senarai yang original.

MINGGU KEENAM BELAS ( 30 September - 4 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Alhamdulillah kini saya telah pun berada di minggu ke16 dalam Latihan Industri. Pada minggu ini, saya telah mengikuti kerani am perakaunan menghantar surat ke bahagian Pejabat Peladang Daerah Pontian. Saya juga telah mencatat surat masuk ke dalam buku, serta cek yang diterima ke dalam buku catatan cek terima.



Surat





Mencatat surat masuk




Kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang minggu ini ialah penghantaran surat- surat penting ke tempat yang sepatutnya. Saya juga memahami mengenai kendalian catatan cek yang diterima ke dalam buku terima cek. 


Kesannya, surat- surat serta cek yang diterima perlu terus dicatat ke dalam buku selepas dicop. Surat- surat dan cek yang telah dicop kemudiannya dihantar ke dalam bilik Pengurus Besar.



Terima Kasih :)

MINGGU KELIMA BELAS ( 23 September - 27 September 2013 )

Assalamualaikum ~


Saya kini telah berada di minggu ke 15 Latihan Industri. Aktiviti saya pada minggu ini ialah menjaga kaunter pertanyaan bahagian hadapan dan mengendalikan panggilan telefon.




Menerima dan membuat panggilan telefon





Telefon pejabat



Pengetahuan dan kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah mengendalikan telefon dengan cara yang betul dan mempelajari cara menjawab dan membuat panggilan telefon mengikut etika kesetiausahaan.



Kesannya, saya lebih profesional dalam menerima dan membuat panggilan telefon daripada dan kepada sesiapa pun. Etika dan peraturan pejabat perlulah dipatuhi dengan penuh disiplin.


Terima Kasih :)

MINGGU KEEMPAT BELAS ( 16 Semptember - 21 September 2013 )

Assalamulaikum ~


Kini telah masuk minggu ke 14 saya menjalani Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Pontian. Pada minggu ini, saya telah merekod data pemiutang bagi pemiutang ahli, pemiutang bukan ahli dan pemiutang pelbagai.



Data Pemiutang


Senarai Nama Pemiutang


Selain itu, saya juga memfotostat surat dan memasukkannya ke dalam fail salinan surat untuk Pengurus Besar.

Kemahiran yang diperoleh ialah bagaimana pelarasan kredit  dibuat dengan merekod data- data pemiutang. Selain itu juga, saya mengetahui apa yang perlu dilakukan setelah surat diterima.


Kesannya, hutang dan ahli- ahli peladang direkod dan disimpan ke dalam sistem. Ini memudahkan kerja semakan semula apabila ahli ingin melunaskan hutang dan sebagainya.


Terima Kasih :)

MINGGU KETIGA BELAS ( 9 September - 13 September 2013 )

Assalamualaikum ~

Alhamdulillah kini telah masuk minggu ke 12 saya berada di Pertubuhan Peladang Pontian. Aktiviti mingguan yang dijalankan pada minggu ini ialah melibatkan diri dalam Timbangtara Mahkamah PPK Pontian Selatan. Saya juga ditugaskan menaip surat perjanjian bagi defendan setelah selesai perbicaraan. Timbangtara dijalankan bagi membicarakan ahli- ahli pertubuhan yang berhutang serta mempertimbang jumlah yang mampu dibayar semula.



Hakim





Plaintif dan defendan




Kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang minggu ini ialah memahami bagaimana cara bagi Timbangtara dijalankan . Kemahiran lain yang saya dapati juga bagaimana surat- surat pengakuan dan perjanjian dibuat.


Kesannya, saya lebih banyak berfikir walaupun tidak masuk ke mahkamah secara realiti tetapi timbangtara menggunakan konsep sebagaimana perbicaraan di mahkamah.


Teriam Kasih :)

MINGGU KEDUABELAS ( 2 September - 6 September 2013 )

Assalamualaikum ~


Pada minggu ini, telah diadakan Jamuan Hari Raya dan meraikan bakal haji dan hajjah di Pertubuhan Peladang Pontian. Saya telah melibatkan diri dengan majlis sehingga majlis selesai. 


Jamuan Hari Raya



Sedikit cenderahati juga telah diberikan kepada bakal haji dan hajjah yang akan mengerjakan haji.





Cenderahati kepada bakal haji dan hajjah



Pada minggu yang sama juga Pertubuhan Peladang Pontian telah mengadakan majlis perpisahan bagi pelajar praktikal dari Universiti Malaysia Perlis .

Majlis Perpisahan 



Pengetahuan pada minggu ini ialah saya lebih memahami aktiviti-aktiviti yang dijalankan memerlukan persediaan yang rapi berdasarkan tentatif yang telah dibuat.


Kesannya, saya semakin melibatkan diri bukan sahaja dalam kerja- kerja kesetiausahaan tetapi tugas- tugas yang berkaitan dengan pengendalian majlis.



Terima Kasih :)





MINGGU KESEBELAS ( 26 Ogos - 31 Ogos )

Assalamualaikum ~




Alhamdulillah telah masuk minggu ke 11 saya menjalani Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan. Pada minggu ini saya telah ditugaskan oleh Pengurus Pemasaran saya untuk menggantikan kerani am yang bercuti untuk menjaga pusat timbang.  Jarak dari pejabat ke pusat timbang Serkat adalah lebih kurang lebih kurang 64 KM. 



Alat timbang digital 



Catatan berkaitan pengambilan sawit serta cara pengiraan



Pada minggu yang sama juga saya telah diarahkan untuk menjaga pusat timbang Tenggayun, Pontian. Jarak dari pejabat ke pusat timbang Tenggayun adalah lebih kurang 24 KM.

Peti simpanan duit serta duit gaji dan upah yang akan dimasukkan ke dalam sampul coklat




Kertas nama- nama orang yang akan menerima gaji dan upah sawit setiap bulan




Kemahiran dan pengetahuan yang didapati sepanjang minggu ini ialah memahami bagaimana kerani di pusat timbang bekerja. Saya juga mempelajari cara- cara sawit ditimbang dan pengiraan tan beserta cara membayar upah dan gaji mengikut tan sawit.



Kesannya, saya lebih tetliti dalam menguruskan hal kewangan kerana saya juga bertanggungjawab dalam membantu mengira gaji dan upah.


Terima Kasih :)








MINGGU KESEPULUH ( 19 Ogos - 23 Ogos )

Assalamualaikum ~



Pada minggu ke 10 ini aktiviti mingguan yang dijalankan ialah mengecop buku untuk jemaah haji iaitu buku panduan haji menggunakan cop Pertubuhan Peladang.


Buku Panduan Mengerjakan Haji




Selain daripada itu, saya juga diberi tugas untuk mengefaks surat jemputan hari raya aidilfitri ke jabatan- jabatan lain dengan menggunakan mesin faks yang disediakan oleh pejabat. 


Faks Kad Jemputan 




Pengetahuan dan kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah mengenai cara pengecopan surat ataupun buku yang hendak diedarkan kepada pihak lain.


Impaknya, saya semakin mahir dengan pelaksanaan tugas di pejabat dengan kerja- kerja yang di amanahkan kepada saya dari minggu ke minggu.


Terima Kasih :)

MINGGU KESEMBILAN ( 12 Ogos - 16 Ogos )

Assalamualaikum~


Kini telah masuk minggu ke 9 saya menjalani Latihan Industri. Pada minggu ini, saya telah menyusun baucar serta memasukkan terus baucar- baucar tersebut ke dalam fail mengikut nombor kod dari angka kecil hingga besar. Saya juga telah mengira dividen bagi ahli untuk masuk ke dalam simpanan.


Baucar



Dividen



Kemahiran sepanjang minggu ini ialah lebih memahami bagaimana susunan baucar dan sebab mengapa baucar diwujudkan setelah bayaran sesuatu barang atau projek dibuat.


Kesannya, baucar tersebut sebagai bukti pembayaran telah dibuat, disimpan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan dan salinan diberi kepada orang yang telah membuat pembayaran.


Terima Kasih :)




MINGGU KELAPAN ( 5 Ogos- 9 Ogos )

Assalamualaikum~


Kini, saya telah berada di minggu ke 8 dalam semester 4 menjalani Latihan Industri saya. Pada minggu ini saya diberi tugasan untuk mengemaskini fail- fail di pejabat. Saya juga telah diarahkan oleh Pengurus Bahagian Ekonomi dan Hal Ehwal Kakitangan untuk membuat senarai nama keahlian bagi jemaah yang bakal mengerjakan haji untuk diberi sedikit sumbangan dan cenderahati.






Senarai nama jemaah haji




Pada minggu ini, sedikit pengetahuan dan kemahiran megenai susun atur fail serta cara mengasingkan senarai nama keahlian sama ada orang tersebut ahli atau bukan ahli peladang.

Kesannya, terdapat perbezaan antara fail- fail yang telah diatur mengikut jenis surat ataupun belum diatur.


Terima Kasih :)

MINGGU KETUJUH ( 29 Julai - 2 Ogos )

Assalamualaikum ~

Kini telah masuk minggu ke 7 saya menjalani latihan industri saya di Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian. Pada minggu ini, saya telah diberi tugasan untuk mengecop borang permohonan cuti bagi cuti raya aidilfitri. 




Borang Cuti




Selain itu juga saya telah diberi tugasan untuk mem ' binding' buku minit mesyuarat kali ke 35.  Saya seterusnya memfotostat surat faks dari PPNJ untuk dibawa ke mesyuarat pengurusan. Pada minggu ini juga saya telah membantu dalam mencatat surat yang diterima ke dalam buku terima surat.



Binding 


Mencatat surat masuk



Kemahiran yang saya perolehi sepanjang minggu ini ialah bagaimana prosedur yang betul bagi memohon cuti serta kerja- kerja pejabat yang mudah seperti membinding buku dan mencatat surat masuk.


Kesannya, sedikit ilmu tentang pelaksanaan surat menyurat berkaitan cuti kini telah saya pelajari dan fahami.


Terima Kasih :)

MINGGU KEENAM ( 22 Julai - 26 Julai 2013 )

Assalamualaikum~


Kini telah masuk minggu ke 6 saya menjalani latihan industri saya. Pada minggu ini, Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan telah mengajurkan Majlis Bacaan Yassin, tahlil, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Tarawikh Peringkat PPD Pontian/ Kluang Tahun 2013 pada 24hb Julai 2013 iaitu pada hari Rabu. Program ini berlansung sehingga jam 10 malam




Peringkat PPD Pontian/ Kluang





Ucapan Pengarah PPNJ beserta pengagihan zakat



Pada minggu ini juga saya telah mengikut Pengurus Hal Ehwal Korporat saya untuk pergi ke rumah usahawan kecil bagi memantau aktiviti mereka dalam memproses jualan mereka seperti kuih muih, sos, kicap, tanaman lada hitam. Mereka diarahkan untuk mengisi borang penyertaan bagi kategori produk komersial dan kemudiannya dihantar ke Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Johor. 

Impak dan kesannya, saya lebih memahami cara mengendalikan majlis serta mengetahui tentang aktiviti- aktiviti usahawan serta industri kecil- kecilan yang mereka usahakan. 

Terima Kasih :) 




MINGGU KELIMA ( 15 Julai - 19 Julai 2013 )

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, kini telah masuk minggu ke 5 saya menjalani latihan industri di Pertubuhan Peladang Pontian. Pada minggu ini saya telah membantu kerani am menyusun baucar bagi bulan Julai di fail. Fail ini kemudiannya disusun di rak.




Baucar Bulan Julai 


Saya juga bersama dua lagi rakan praktikal saya membantu untuk membungkus barang barang untuk diedarkan kepada orang susah yang sangat memerlukan sempena bulan ramadhan. Barang tersebut termasuklah 2 paket tepung gandum, 2 paket gula kasar, 2 tin susu, sebungkus ketupat mini segera dan sepaket milo. Bantuan ini diberikan kepada seramai 25 orang.





Sumbangan bagi yang memerlukan



Saya telah mempelajari pelbagai tugas sepanjang 5 minggu di sini. Bukan hanya tugasan yang berkaitan dengan pengurusan pejabat tetapi juga hal yang melibatkan kerja bersama orang di luar pejabat.


Kesimpulannya, tidaklah namanya bekerja dan mencari pengalaman jika tidak ada kesilapan dilakukan. Saya kini lebih arif mengenai peyusunan baucar serta kegunaan baucar tersebut.


Terima Kasih :)

MINGGU KEEMPAT ( 8 Julai - 12 Julai 2013 )

Assalamualaikum~

Saya kini telah berada di minggu keempat di semester 4 , dan aktiviti saya pada minggu ini ialah mengendalikan Majlis Tadarus Al Quran PeladangNita. Majlis ini berlansung selama 3 jam dengan alunan bacaan Al Quran yang syahdu daripada ahli PeladangNita. Setelah majlis selesai saya diarahkan untuk mengagihkan beg cenderamata dan bunga telur kepada ahli PeladangNita.


Pada minggu ini juga saya telah diberi tugasan untuk memfotostat kertas. Saya juga telah mengikut Pengurus Pemasaran saya pergi ke bank atas urusan kewangan.


Kesimpulannya, pada minggu ini saya telah banyak belajar cara mengendalikan program walaupun hanya program kecil seperti tadarus. Saya juga belajar dan memahami tugas seorang pengurus pemasaran dalam melaksanakan tugas dan berurusan dengan bank mengenai kewangan pejabat.


Terima Kasih :)

MINGGU KETIGA ( 1 Julai - 5 Julai 2013 )

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, kini saya telah berada di minggu ketiga Latihan Industri. Pada minggu ini  saya telah diberi tugas untukSaya juga telah diberi tugas oleh pengurus pentadbiran untuk membuat borang penilaian bagi staff Pertubuhan Peladang Pontian. Borang ini dibuat bertujuan untuk menilai prestasi pekerja sebelum mereka diserap masuk ke bahagian jawatan yang dijawat.



Borang Penilaian



Saya juga telah diberikan tugasan untuk mengecop baucar serta menyusun resit- resit dan dimasukkan ke dalam fail mengikut susunan nombor siri secara menaik. Fail tersebut kemudiannya disusun ke dalam rak di dalam bilik fail mengikut label yang telah diberikan contohnya Baucar Bulan Mei 2013.




 

Baucar




Saya juga telah diberi peluang untuk mengikut Pengurus Pemasaran saya pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak ratusan ribu setiap bulan bagi membayar upah dan gaji staff dan pekerja sawit di pusat timbang. Pengalaman ini menjadikan saya faham tentang cara kerja pengurus- pengurus saya bukan sahaja di dalam pejabat malahan di luar pejabat juga.

Kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah cara membuat borang penilaian bagi pekerja- pekerja di pejabat dan cara menguruskan baucar yang telah ditandatangani.

Kesimpulannya,  saya tidak terikat hanya di bahagian pentadbiran kerana bidang kerja yang saya buat amat meluas kerana latihan industri membolehkan saya mencari pengalaman yang banyak.


Terima Kasih :)