PENGHARGAAN DAN PENGENALAN


Penghargaan



Assalamualaikum, bismillahirahmanirahim. Bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan limpah dan kurnianya dapatlah saya  menghabiskan Latihan Industri saya tanpa sebarang masalah dan dengan jayanya serta dapat menyiapkan laporan pada masa yang ditetapkan. 

Jutaan terima kasih untuk pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan kerana sudi menerima saya bagi menjalani Latihan Industri sekaligus sebagai syarat penganugerahan Diploma dalam kursus sains kesetiausahaan. 

Saya juga berterima kasih kepada penyelia saya Puan Sariyati Binti A. Rahman yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar semasa menjalankan latihan industri. Begitu juga dengan  semua staff bahagian yang sanggup untuk memberi pertolongan kepada saya semasa menjalani latihan industri.

Penghargaan ikhlas kepada semua pensyarah Politeknik Mersing amnya, Puan Baizura Binti Hasni selaku Penyelaras Latihan Industri Politeknik di atas dorongan dan panduan yang diberi sepanjang tempoh latihan. Segala tunjuk ajar yang diberikan amatlah dihargai dan disanjungi. Begitu juga dengan pengorbanan dan dorongan yang diberikan oleh ayahanda dan bonda tersayang. Terima kasih.


Buat rakan-rakan seperjuangan, semangat dan tunjuk ajar daripada kalian menjadi hadiah yang tidak ternilai. Terima kasih di atas bantuan dalam menghulurkan pandangan dan pendapat bagi menyiapkan laporan ini. 

Akhir kata, segala kebaikan datangnya daripada Allah S.W.T dan segala keburukan adalah daripada kelemahan diri saya sendiri. 

Sekian, terima kasih.







Pengenalan


    Latihan industri merupakan komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri dan disyaratkan lulus latihan sebelum diperakukan untuk penganugerahan diploma politeknik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Dalam latihan industri, pelajar akan ditempatkan di jabatan kerajaan atau firma swasta selama satu semester bagi mendedahkan mereka kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di politeknik. Sepanjang semasa pelajar menjalani latihan industri, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah yang belum ditempuhi. Oleh itu, pelajar perlu bersedia dari segi mental dan fizikal bagi meneruskan latihan industri sehingga tempoh masa yang ditetapkan.