KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Pontian, pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas disyarikat ini secara tidak langsung, pelajar juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan dalam syarikat. 

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelajar sebagai warga baru terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi, pelajar juga dapat mengenalpasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan kerja yang kreatif,kritis serta berkualiti.

Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal, sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini.

DAPATAN DAN CADANGAN


Secara amnya, latihan industri yang telah saya jalankan selama enam bulan dari 17 Jun 2013 sehingga 1 November 2013 di Pertubuhan Peladang Pontian telah mencapai objektif sebenar atihan industri mengikut kehendak pengurusan Politeknik Mersing bagi setiap pelajar yang menjalani Latihan Industri samada pada peringkat sijil atau pun diploma.

Tujuan utama komen ini bukanlah bertujuan untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan syarikat. sepanjang saya menjalankan latihan industri di syarikat tersebut, tetapi adalah untuk pihak syarikat memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang ada semasa pelajar menjalani latihan industri agar latihan yang di jalankan mencapai kepuasan bersama, antara pelajar dan pihak syarikat.




Dapatan


Terdapat beberapa pendapat dan pandangan untuk saya utarakan kepada organisasi. Antaranya ialah :-

  1. Komen yang pertama yang saya rasa amat penting bagi kemudahan semua pihak adalah cara pengurusan surat masuk. Sering berlaku kehilangan surat dan terlalu ramai yang hendak mengendalikan urusan surat sedangkan urusan surat terima dan keluar adalah di bawah kawalan pihak pentadbiran.                                                                   
  2. Fail yang sepatutnya tidak dimasukkan ke dalam rak yang disediakan kerana label yang lama dan telah pudar tidak digantikan.

                                                                                                                                              

Cadangan


  1. Surat yang diterima sepatutnya perlu difotostat bukan sahaja satu salinan malahan lebih dan surat kemudiannya perlu diletak ke dalam satu fail pada hari tersebut. Surat kemudian perlu terus di cop dan dimasukkan ke dalam bilik pengurus besar supaya tidak hilang.                                                                                                                                                
  2. Label pada rak fail perlu digantikan dengan yang baru dan untuk mengelakkan cepat pudar kertas perlulah di 'liminated' dan di stapler supaya tidak cepat tanggal
LAPORAN TEKNIKAL


Saya telah diberi tugas untuk menguruskan fail baucar setiap bulan bagi pejabat dan menjaga di bahagian pusat timbang.


Pengurusan Fail Baucar 

Pengurusan fail baucar dilakukan setiap bulan. Pada setiap hujung bulan, seorang staff akan ditugaskan untuk mengambil baucar dari pusat timbang Tenggayun atau Serkat ataupun baucar dikeluarkan melalui urusan di pejabat sahaja. Selepas baucar dikeluarkan dan diterima, maklumat pada baucar akan dimasukkan ke dalam Sistem Pertubuhan Peladang. 

Baucar tersebut kemudiannya akan dicetak semula kerana ia memerlukan cetakan komputer dan bukannya tulisan tangan. Beratus baucar perlu disiapkan dalam sehari kerana pada setiap hari baucar akan dikeluarkan kerana berlakunya urusniaga pada setiap hari.

Fail baucar perlu disediakan dan dilabelkan dengan bulan- bulan tersendiri contohnya Baucar Bulan 'Oktober 2013'

Baucar yang telah siap ditandatangani dan dicop pengurus besar, pegurus perakaunan dan cop pegawai berkaitan perlulah disusun masuk ke dalam fail mengikut nombor baucar dalam turutan menaik mengikut kepadatan fail. Jika fail telah penuh, fail yang lain pula perlu digunakan untuk menyusun baucar.


Kendalian Pusat Timbang


Pada setiap 7 haribulan pada setiap bulan saya diarahkan untuk bekerja di luar pejabat. Ini kerana saya perlu membantu kerani di pusat timbang menguruskan hal gaji dan upah sawit. Semasa berada di pusat timbang, saya diarahkan untuk menguruskan sepenuhnya mengenai pusat timbang. 

Apabila 7 haribulan tiba, orang- orang dari kalangan bekerja sawit akan datang ke pusat timbang untuk mengambil upah sawit mereka. Saya akan meminta Pengurus Pemasaran saya untuk pergi ke bank dan mengambil duit sebanyak jumlah yang akan saya nyatakan seperti RM 50 ribu. Apabila duit diterima, saya akan megira semula duit tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke dalam sampul mengikut jumlah gaji dan upah mereka. Gaji dan upah mereka mengikut kepada tan sawit yang dihantar oleh mereka pada setiap hari dan ditimbang di pusat timbang.

Duit yang diambil perlulah ditandatangani sebagai pengesahan mereka telah menerima duit tersebut. Resit tersebut kemudiannya akan diserahkan kepada bahagian perakaunan di pejabat utama.

MINGGU KEDUA PULUH ( 28 Oktober - 1 November 2013 )

Assalamualaikum ~


Kini saya berada di minggu terakhir Latihan Industri iaitu di minggu 20. Pada minggu ini saya telah diarahkan untuk membuat 3 buah 'board' bagi majlis mini agro pertanian di Dewan Jubli Intan Pontian.



'Board' bagi tanaman lada hitam



'Board' bagi minyak pelincir jenama Kostar



Tugasan seterusnya yang saya lakukan ialah menjadi penjaga masa bagi Majlis Saringan Tilawah Al- Quran di Pertubuhan Peladang Pontian.

Penjaga masa dan jurukira



Saya juga ditugaskan untuk menyusun resit rasmi bagi bulan September dan Oktober 2013. Resit ini disusun mengikut turutan nombor kod resir bagi memudahkan audit membuat semakan.


Pengetahuan yang saya perolehi pada minggu ini ialah kreativiti dalam membuat kerja dalam pejabat. Saya juga memahami bahawa setiap resit harus disusun atur mengikut bulan dan nombor resit supaya tidak menimbulkan kecelaruan ketika semakan semula dibuat.


Kesannya, fail- fail yang telah dimasukkan resit mestilah disusun ke dalam rak dan dilabelkan mengikut bulan- bulan.


Terima Kasih :)



MINGGU KESEMBILAN BELAS ( 21 Oktober - 25 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Saya kini berada di minggu ke 19 Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Pontian. Pada minggu ini, saya bertugas untuk membuat kire- kire bagi penyata kewangan rebat langganan bagi sawit samaada pelanggan daripada ahli peladang ataupun bukan ahli.



Penyata Kewangan 




Tugasan seterusnya ialah menaip surat untuk difaks kan terus kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA)



Surat Sebutharga





Selain itu juga, saya telah diarahkan untuk membuat slide bagi majlis perpisahan kakitangan Pejabat Peladang Pontian

Slide bagi majlis perpisahan 




Pengetahuan yang telah saya perolehi pada minggu ini ialah bagaimana cara penyata kewangan sawit dikira dan kemudiannya diserahkan kepada Pengurus Pemasaran, Encik Rusydi.


Kesannya, pengiraan hendaklah dibuat semakan beberapa kali supaya tidak berlaku kesilapan ketika diserahkan kepada orang atasan kerana penyata tersebut akan direkod ke dalam sistem.


Terima Kasih :)

MINGGU KELAPAN BELAS ( 14 Oktober- 18 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Kini, saya telah pun berada di minggu ke 18 Latihan Industri. Pada minggu ini, aktiviti saya di Pertubuhan Peladang Pontian ialah melibatkan diri dengan Majlis Korban yang telah dijalankan di sini. Sebelum majlis dijalankan saya telah diarahkan untuk membuat slide powerpoint bagi backdrop majlis tersebut.



Aktiviti memotong daging



Melapah daging korban




Pengetahuan yang telah saya perolehi pada minggu ini ialah bagaimana penglibatan terhadap majlis- majlis yang diadakan di pejabat. Saya juga memahami bahawa setiap staff dan pegawai menjalankan tugas masing- masing mengikut arahan pengurus besar supaya majlis lebih berjalan lancar.



Kesannya, setiap majlis yang akan dijalankan perlulah penyediaan yang awal dan rapi sekurang- kurangnya sebulan sebelum majlis berlansung.

MINGGU KETUJUH BELAS ( 07 Oktober -10 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Alhamdulillah, kini telah masuk minggu ke 17 saya menjalani Latihan Industri. Aktiviti saya pada minggu ini ialah memfotostat senarai pembayaran dividen ahli aktif dan pasif bagi tahun 2008. Senarai pembayaran original akan diberikan kepada kerani am dan senarai pembayaran yang telah difotostat akan diletakkan ke dalam fail.


Fotostat



Senarai Dividen


Pengetahuan yang saya perolehi ialah bagaimana senarai pembayaran diproses dan bagaimana ahli yang telah membayar dividen dimasukkan ke dalam sistem SPPP ( Sistem Pertubuhan Peladang Pontian)


Kesannya, setiap senarai pembayaran ahli yang telah dicetak hendaklah difotostat supaya tidak berlaku sebarang konflik jika berlaku kehilangan senarai yang original.

MINGGU KEENAM BELAS ( 30 September - 4 Oktober 2013 )

Assalamualaikum ~


Alhamdulillah kini saya telah pun berada di minggu ke16 dalam Latihan Industri. Pada minggu ini, saya telah mengikuti kerani am perakaunan menghantar surat ke bahagian Pejabat Peladang Daerah Pontian. Saya juga telah mencatat surat masuk ke dalam buku, serta cek yang diterima ke dalam buku catatan cek terima.



Surat





Mencatat surat masuk




Kemahiran dan pengetahuan yang saya perolehi sepanjang minggu ini ialah penghantaran surat- surat penting ke tempat yang sepatutnya. Saya juga memahami mengenai kendalian catatan cek yang diterima ke dalam buku terima cek. 


Kesannya, surat- surat serta cek yang diterima perlu terus dicatat ke dalam buku selepas dicop. Surat- surat dan cek yang telah dicop kemudiannya dihantar ke dalam bilik Pengurus Besar.



Terima Kasih :)