MINGGU PERTAMA ( 17 Jun - 21 Jun 2013 )

Assalamualaikum ~


Pada minggu pertama saya masuk saya telah bersama- sama dengan staff lain menguruskan persediaan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 35 bagi Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan. Mesyuarat ini akan diadakan pada minggu berikutnya. Saya telah diarahkan oleh pengurus besar untuk membuat senarai kehadiran ahli dan perwakilan bagi mesyuarat agung tahunan tersebut. Saya juga turut membantu dalam mengemas bahagian dewan dan menyiapkan beg cenderamata untuk diberi kepada tetamu yang hadir pada hari tersebut. Selain itu, saya telah diberi tugas untuk menyiapkan kad jemputan bagi menjemput ahli serta perwakilan yang sepatutnya hadir. 



Senarai Kehadiran Ahli 





Beg cenderamata serta kad jemputan


Pada hari berikutnya saya telah diberi tugas untuk menyiapkan tag nama, serta memfotostat senarai nama yang telah disiapkan untuk diberi kepada unit bahagian pendaftaraan serta bahagian kewangan. Tujuan senarai nama ini diserahkan kepada unit bahagian kewangan adalah atas tujuan menyemak ahli yang hadir dan diberi elaun sebanyak RM 50 kerana hadir.



Tag nama untuk diberi kepada tetamu yang hadir 



Persediaan bagi Mesyuarat Agung Tahunan begitu rapi dengan segala kelengkapan di dewan. Saya turut membantu dalam memasang langsir, menyusun kerusi serta menghias backdrop untuk majlis.

Dengan itu, sepanjang seminggu ini saya telah memahami cara- cara mengatur persediaan majlis dan mengendalikan majlis. 

Kesimpulannya, saya telah diberi tugas dan saya berjaya menyiapkannya dengan baik dan pegurus besar turut berpuas hati.

Terima Kasih :)























RINGKASAN MINGGUAN


Bab ringkasan mingguan adalah mengenai apa yang telah pelajar lakukan sepanjang 20 minggu menjalani Latihan industri. Rumusan berkaitan Latihan Industri yang dilakukan setiap minggu maka terhasilnya ringkasan mingguan.


Dengan adanya ringkasan mingguan menjadikan pelajar lebih memahami setiap kerja yang perlu dilakukan dan berdisiplin dalam kerja. Pelajar juga lebih arif mengenai alam kerja sebenar. Saya telah memulakan Latihan Industri pada 17 Jun 2013 dan berakhir pada 1 November 2103 bersamaan dengan 20 minggu dan 6 bulan.


Saya Fatin Amira binti Nasruddin pelajar dari Politeknik Mersing Johor dalam bidang Diploma Sains dan Kesetiausahaan yang kini berada di semester 4. Saya telah memilih untuk menyelesaikan semester 4 saya iaitu Latihan Industri saya di daerah tempat kelahiran saya Pontian, Johor Darul Takzim. Saya memilih Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan iaitu anak syarikat bagi Pertubuhan Peladang Negeri Johor. 

Pada hari pertama sebelum pukul 8.00 pagi saya telah datang untuk melapor diri saya di pejabat tersebut. Saya telah bertemu dengan pengurus besar dan dia menerangkan banyak tentang latar belakang Pertubuhan Peladang. Saya juga telah diperkenalkan kepada staff- staff yang bertugas di pejabat tersebut. Saya telah diserahkan kepada Puan Sariyati binti Abdul Rahman, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan beliau yang akan menyelia saya sepanjang tempoh praktikal saya selama 6 bulan. Saya juga turut diarahkan pengurus besar untuk membantu staff lain juga bagi memudahkan kerja mereka sepanjang tempoh praktikal saya.
PERKHIDMATAN DALAM PERTUBUHAN PELADANG


  • Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia
  • Mekanisasi/Automasi Ladang
  • Infrastruktur Ladang
  • Bekalan Ladang
  • Pembiayaan
  • Pengembangan dan Khidmat Nasihat
  • Teknologi Lepas Tuai
  • Teknologi Memproses Makanan
  • Pemasaran
  • Pusat Sumber Sibertani





Carta Organisasi



Kawasan Pengendalian


1.  Kawasan pengendalian meliputi :

  • Mukim Pontian
  • Mukim Rimba Terjun
  • Mukim Air Masin
  • Mukim Sungai Karang
  • Mukim Serkat


 2.  Parlimen :

  • Tanjung Piai
  • Sebahagian Pontian


3.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) :

  • Pekan Nenas
  • Kukup
  • Sebahagian Pulai Sebatang


4. Bilangan Unit Peladang sebanyak 29 Unit iaitu :    

  • Sungai Durian
  • Perpat
  • Kg Chokoh   
  • Perpat Timbul
  • Sungai Kuali
  • Permas Kelapa
  • Penerok
  • Permas Bandar
  • Kg Baru
  • Pt Tasrif
  • Peradin
  • Permas Ulu
  • Telok Kerang
  • Parit Sulaiman
  • Rimba Terjun
  • Parit Rambai
  • Kawasan 5, Mukim Pontian
  • Pt Kudus
  • Pt Abd Rahman
  • Kg Pt hj Adnan
  • Melayu raya
  • Seri Bunian
  • Sungai Boh
  • Sungai Cengkih
  • Paya Embun
  • Pt Patah/Pt Mesjid
  • Tenggayun
  • Koperasi Sebaguna Rambah
  • Koperasi Serbaguna Serkat



LATAR BELAKANG SYARIKAT 





Maksud warna 
  • Perkataan PELADANG berwarna merah tua bermaksud Peladang Kebangsaan atau "National Farmers" 
  • Lingkungan warna merah tua melambangkan perpaduan perjuangan ahli-ahli
  • 14 garis tegak berwarna kuning keemasan melambangkan 13 negeri dan persekutuan.
  • Biji-biji padi berwarna kuning keemasan melambangkan penghasilan yang lumayan.
  • Dua tangan warna hijau tua melambangkan perusahaan pertanian.
  • Warna latarbelakang warna putih melambangkan kesucian dan kemurnian                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Kod warna 
  • Merah Tua (Maroon) - Y60, M100, B60
  • Hijau - Y80, C100, B60
  • Emas - Special Gold




Visi & Misi Pertubuhan Peladang 

Visi

Menjadi Peneraju Transformasi Pertubuhan Peladang dan Peladang Progresif Dalam Sektor Pertanian.

Misi

Membangunkan Pertubuhan Peladang Sebagai Pemberi Perkhidmatan Berkesan Bagi Melahirkan Peladang Progresif.



Pengenalan Pertubuhan Peladang 



Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) adalah institusi yang di miliki oleh peladang-peladang yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan Pendaftar kepada semua Pertubuhan Peladang di Malaysia. Mengikut Syeksyen 7 (3), Akta Pertubuhan Peladang telah mewakilkan sebahagian kuasanya kepada Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) sebagai Wakil Pendaftar kepada semua Pertubuhan Peladang di dalam kawasan KADA. Di dalam kawasan KADA terdapat 13 buah PPK .

Perjalanan PPK dikawal oleh beberapa perundangan iaitu Akta Pertubuhan Peladang 1973 (AKTA 109), Peraturan Pertubuhan Peladang 1973, Perlembagaan Pertubuhan Peladang dan Arahan-Arahan Pendaftar dari semasa ke semasa.


Objektif

Objektif penubuhan PPK ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial, menambah pengetahuan dan kemahiran, meninggikan hasil dan pendapatan dan memperbaiki cara hidup ahli-ahli serta mewujudkan masyarakat peladang yang progresif, berdikari, makmur dan bersatupadu.


Peranan Pertubuhan Peladang

Pertubuhan Peladang Kawasan bukannya satu institusi yang berorientasikan perniagaan semata-mata, malah peranan sebenar Pertubuhan Peladang Kawasan  ialah untuk memajukan ahli-ahli melalui perkhidmatan dan perniagaan dengan mengamalkan 3 teras prinsip utama iaitu Prinsip Koperasi, Prinsip Perniagaan dan Prinsip Perkhidmatan. Skop perkhidmatan Pertubuhan Peladang Kawasan adalah dengan ahli-ahli sahaja sebagaimana mengikut Perkara 8 Perlembagaan Pertubuhan Peladang. Secara umumnya peranan Pertubuhan Peladang Kawasan adalah seperti berikut :

  • Meningkatkan daya pengeluaran melalui penyediaan perkhidmatan
  • Meningkatkan pertumbuhan sektor pertanian yang pesat menerusi usaha penyusunan semula pertanian.
  • Meningkatkan bidang perniagaan dan pertumbuhan pelaburan PPK.
  • Meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan kualiti penghidupan peladang.
  • Mengimbangkan pembangunan sektor perladangan dan perindustrian menerusi pembangunan perusahaan asas tani di kawasan luar bandar.


Pentadbiran PPK

Pentadbiran PPK terdiri daripada tujuh (7) orang Ahli Jemaah Pengarah (AJP) yang dipilih daripada kalangan ahli-ahli PPK setiap dua (2) tahun sekali yang berperanan sebagai pembuat dasar (policy maker). Pasukan Pengurusan PPK pula berperanan sebagai pelaksana dasar adalah merupakan penjawat KADA yang di tempatkan di PPK yang terdiri daripada Pengurus besar dan beberapa orang lagi kakitangan. Selain daripada itu juga PPK membiayai beberapa orang kakitangan sendiri bagi membantu melicinkan lagi pengurusan di PPK.






OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI DAN OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI


Tujuan utama diadakan latihan industri adalah untuk mendedahkan pelajar dengan alam pekerjaan sebenar. Lebih kurang 20 minggu pelajar ditempatkan di syarikat kerajaan ataupun firma swasta. Latihan ini akan menjadikan pelajar lebih matang disamping mendapat pengetahuan serta pengalaman untuk dijadikan panduan kepada pelajar dalam menjalani alam pekerjaan sebenar kelak.

Antara tujuan lain latihan industri ialah :

  1. Mengaitkan teori yang dipelajari dengan aspek praktikal
  2. Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja.
  3. Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan keyakinan diri
  4. Mengamalkan peraturan keselamatan semasa di industri
  5.                  Menyediakan laporan rasmi dan tugasan yang diarahkan oleh politeknik                                                 __________________________________________________________________





Objektif sebenar setiap latihan industri yang dibuat adalah untuk menerangkan dengan lebih terperinci apa yang dipelajari semasa latihan industri. Ini bagi membuktikan bahawa pelajar berkenaan telah mengikuti dan menjalani latihan industri yang telah ditetapkan dari hari pertama sehingga hari terakhir tanpa sebarang pengecualian.

Laporan latihan industri ini juga merupakan satu dokumen yang penting kerana :



  1. Mendokumenkan aktiviti- aktiviti sepanjang tempoh latihan.
  2. Merupakan bukti kepada latihan industri yang dijalankan.
  3. Memudahkan penilaian dibuat melalui pengalaman dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar praktikal.
  4. Aset dan bukti penting untuk menduduki temuduga pekerjaan kelak, berdasarkan laporan yang cemerlang.