MINGGU KELIMA ( 15 Julai - 19 Julai 2013 )

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, kini telah masuk minggu ke 5 saya menjalani latihan industri di Pertubuhan Peladang Pontian. Pada minggu ini saya telah membantu kerani am menyusun baucar bagi bulan Julai di fail. Fail ini kemudiannya disusun di rak.




Baucar Bulan Julai 


Saya juga bersama dua lagi rakan praktikal saya membantu untuk membungkus barang barang untuk diedarkan kepada orang susah yang sangat memerlukan sempena bulan ramadhan. Barang tersebut termasuklah 2 paket tepung gandum, 2 paket gula kasar, 2 tin susu, sebungkus ketupat mini segera dan sepaket milo. Bantuan ini diberikan kepada seramai 25 orang.





Sumbangan bagi yang memerlukan



Saya telah mempelajari pelbagai tugas sepanjang 5 minggu di sini. Bukan hanya tugasan yang berkaitan dengan pengurusan pejabat tetapi juga hal yang melibatkan kerja bersama orang di luar pejabat.


Kesimpulannya, tidaklah namanya bekerja dan mencari pengalaman jika tidak ada kesilapan dilakukan. Saya kini lebih arif mengenai peyusunan baucar serta kegunaan baucar tersebut.


Terima Kasih :)

MINGGU KEEMPAT ( 8 Julai - 12 Julai 2013 )

Assalamualaikum~

Saya kini telah berada di minggu keempat di semester 4 , dan aktiviti saya pada minggu ini ialah mengendalikan Majlis Tadarus Al Quran PeladangNita. Majlis ini berlansung selama 3 jam dengan alunan bacaan Al Quran yang syahdu daripada ahli PeladangNita. Setelah majlis selesai saya diarahkan untuk mengagihkan beg cenderamata dan bunga telur kepada ahli PeladangNita.


Pada minggu ini juga saya telah diberi tugasan untuk memfotostat kertas. Saya juga telah mengikut Pengurus Pemasaran saya pergi ke bank atas urusan kewangan.


Kesimpulannya, pada minggu ini saya telah banyak belajar cara mengendalikan program walaupun hanya program kecil seperti tadarus. Saya juga belajar dan memahami tugas seorang pengurus pemasaran dalam melaksanakan tugas dan berurusan dengan bank mengenai kewangan pejabat.


Terima Kasih :)

MINGGU KETIGA ( 1 Julai - 5 Julai 2013 )

Assalamualaikum~

Alhamdulillah, kini saya telah berada di minggu ketiga Latihan Industri. Pada minggu ini  saya telah diberi tugas untukSaya juga telah diberi tugas oleh pengurus pentadbiran untuk membuat borang penilaian bagi staff Pertubuhan Peladang Pontian. Borang ini dibuat bertujuan untuk menilai prestasi pekerja sebelum mereka diserap masuk ke bahagian jawatan yang dijawat.



Borang Penilaian



Saya juga telah diberikan tugasan untuk mengecop baucar serta menyusun resit- resit dan dimasukkan ke dalam fail mengikut susunan nombor siri secara menaik. Fail tersebut kemudiannya disusun ke dalam rak di dalam bilik fail mengikut label yang telah diberikan contohnya Baucar Bulan Mei 2013.




 

Baucar




Saya juga telah diberi peluang untuk mengikut Pengurus Pemasaran saya pergi ke bank untuk mengeluarkan wang sebanyak ratusan ribu setiap bulan bagi membayar upah dan gaji staff dan pekerja sawit di pusat timbang. Pengalaman ini menjadikan saya faham tentang cara kerja pengurus- pengurus saya bukan sahaja di dalam pejabat malahan di luar pejabat juga.

Kemahiran yang saya perolehi pada minggu ini ialah cara membuat borang penilaian bagi pekerja- pekerja di pejabat dan cara menguruskan baucar yang telah ditandatangani.

Kesimpulannya,  saya tidak terikat hanya di bahagian pentadbiran kerana bidang kerja yang saya buat amat meluas kerana latihan industri membolehkan saya mencari pengalaman yang banyak.


Terima Kasih :)






















MINGGU KEDUA ( 24 Jun - 28 Jun 2013 )

Assalamualaikum~

Pada minggu kedua ini, saya lebih banyak membantu Pengurus Pentadbiran dalam membuat surat. Saya boleh mempraktikkan kemahiran keyboarding saya yang telah saya pelajari di Politeknik. Saya juga telah diberi tugas di bahagian pendaftaran bagi ahli dan perwakilan yang datang. Majlis berlansung pada 25 Jun 2013 di dewan Pertubuhan Peladang Pontian. 




Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan




Pertemuan antara Pengerusi AJP dan AJP sebelum mesyuarat



Pada minggu ini juga saya telah diberi tugas untuk mencatat surat yang diterima ke dalam buku Rekod Masuk setelah surat- surat itu dicop. Surat itu kemudiannya dimasukkan ke dalam fail hitam dan dihantar ke dalam bilik pengurus besar. 



Buku surat keluar dan fail hitam 



Banyak pengetahuan yang telah saya perolehi pada minggu kedua, saya semakin serasi dengan kerja- kerja di pejabat.

Kesimpulannya, kerja- kerja dan persediaan untuk mesyuarat perlu lebih teliti. Banyak perkara yang telah saya pelajari di pejabat ini bertepatan dengan bidang saya di politeknik iaitu kesetiausahaan.

Terima Kasih :)