RINGKASAN MINGGUAN


Bab ringkasan mingguan adalah mengenai apa yang telah pelajar lakukan sepanjang 20 minggu menjalani Latihan industri. Rumusan berkaitan Latihan Industri yang dilakukan setiap minggu maka terhasilnya ringkasan mingguan.


Dengan adanya ringkasan mingguan menjadikan pelajar lebih memahami setiap kerja yang perlu dilakukan dan berdisiplin dalam kerja. Pelajar juga lebih arif mengenai alam kerja sebenar. Saya telah memulakan Latihan Industri pada 17 Jun 2013 dan berakhir pada 1 November 2103 bersamaan dengan 20 minggu dan 6 bulan.


Saya Fatin Amira binti Nasruddin pelajar dari Politeknik Mersing Johor dalam bidang Diploma Sains dan Kesetiausahaan yang kini berada di semester 4. Saya telah memilih untuk menyelesaikan semester 4 saya iaitu Latihan Industri saya di daerah tempat kelahiran saya Pontian, Johor Darul Takzim. Saya memilih Pertubuhan Peladang Kawasan Pontian Selatan iaitu anak syarikat bagi Pertubuhan Peladang Negeri Johor. 

Pada hari pertama sebelum pukul 8.00 pagi saya telah datang untuk melapor diri saya di pejabat tersebut. Saya telah bertemu dengan pengurus besar dan dia menerangkan banyak tentang latar belakang Pertubuhan Peladang. Saya juga telah diperkenalkan kepada staff- staff yang bertugas di pejabat tersebut. Saya telah diserahkan kepada Puan Sariyati binti Abdul Rahman, Pengurus Bahagian Pentadbiran dan beliau yang akan menyelia saya sepanjang tempoh praktikal saya selama 6 bulan. Saya juga turut diarahkan pengurus besar untuk membantu staff lain juga bagi memudahkan kerja mereka sepanjang tempoh praktikal saya.

No comments:

Post a Comment