KESIMPULAN

Sepanjang tempoh menjalani Latihan Industri di Pertubuhan Peladang Pontian, pelajar telah banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti serta tugas disyarikat ini secara tidak langsung, pelajar juga telah mengetahui setiap tanggungjawab dan peranan dalam syarikat. 

Pendedahan kepada alam pekerjaan yang sebenar adalah baik kepada pelajar sebagai warga baru terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran agar lebih berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi, pelajar juga dapat mengenalpasti dan menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam situasi kerja yang sebenar. Ini akan dapat meningkatkan lagi keupayaan pelajar untuk berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan masalah secara berkesan dan lebih penting dapat melahirkan kerja yang kreatif,kritis serta berkualiti.

Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam latihan seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang teknikal, sekaligus menjadikan Politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai petunjuk yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sebenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat Politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga pekerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam negara ini.